Maklumat Penting....

Untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan di atas, sila klik di sini untuk mendapatkan no. telefon jika ingin mendapat khidmat rawatan kami
atau email darulsyifa@gmail.com. atau
Facebook: Darul-Syifa-Al-Bathiniah-Hj-Arafat

Sekian, terima kasih.

Sunday 8 January 2012

RAHSIA SULIT SENJATA AYATUL KURSI

 
 Artinya : Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS : Al-Baqarah : 255)


 Dalam Ayatul Kursi terdapat enam Asma ul Husna iaitu:-

 
(Allah tiada ada Tuhan melain Dia)
(Yang maha hidup)
(Yang maha bersedia)
(Yang maha tinggi mertabatnya)
(yang maha agong martabatnya)
(Yang maha melindungi)


 Semua enam Asma’ (nama) itu mempunyai khadamul Malaikat dan Hikmat yang terpendam.  Bagi sesiapa yang mengetahui rahsia-rahsia dalam enam-enam Asma’ itu adalah dia sudah mewarisi khadmaul malaikat ayatul kursi untuk melindungi dirinya dari gangguan makhluk halus sekali gus melindungi dirinya dari hantaran ilmu sihir dan niat jahat manusia. Adalah diingatkan ketika membaca dan mengamal ayatul kursi supaya berhati-hati ketika menyebut ayat.


WA LAA YA-UDHUUHIFZHUHUMAA WAHUWAL 'ALIYYUL AZHIIIM
(Kalau salah sebut yang bergaris tu, nanti lain pula jadinya)


NAMA AYATUL KURSI      

Ayatul kursi mempunyai 390 nama, dan yang biasa dikenali dan juga biada di katakan ialah “Ayatul Kursi” kerana di dalam susunan ayat itu ada tersebut Kalimah Kursi maka dinamakan Ayatul Kursi.

Mengikut Ariffin Billah, kursi diciptakan melingkungi tujuh petala langit dan tujuh petala bumi.

KURSI DARI MUTIARA

Mengikut keterangan dalam buku kecil Hikmah Ayatul Kursi oleh Ali Zulfakar:-

“Kata Abu Al-Syaikh dan Abu Nu’am mendapat riwayat daripada Sayidina Ali Karramul Allah Wajhahu – Kursi itu diciptkan tuhan dari mutiara, manakala Qalam juga diciptakan Allah s.w.t dari mutiara. Dalam wilayat tujuh, Qalam tingkatan pertama manakala kursi berada di tingkat yang ke-empat”


KANDUNGAN AYATUL KURSI

Ayatul Kursi mengandungi 17 Fasal, tersusun dari 50 perkataan, di rangkai dengan huruf sebanyak 170 huruf bilangan ini adalah bilangan yang terpilih.

Bagi sesiapa mengekalkan membaca ayatul kursi sebanyak 44 kali tiap-tiap hari berturut-turut, maka tidak ada sesuatu yang dituntut olehnya, melainkan berhasil, mententeramkan jiwa, di hormati dan dusukai, dan di jauhi dari permainan sihir.


CAHAYA AYATUL KURSI

Pada malam Mehraj, Rasulullah s.a.w. terlihat tiga (3) jenis cahaya di Lauhul Mahfuz berasing-asingan di tiga penjuru.

Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Malaikat Jibrail “Apakah cahaya itu?” di jawab Malaikat Jibrail:-

“1)       Cahaya yang pertama itulah kedudukan cahaya dari Ayatul Kursi
 2)        Cahaya yang kedua itu ialah kedudukan cahaya dari Surah Yaasin – Hati Al-Quran.
 3)     Cahaya yang ketiga itulah kedudukan cahay dari Surah Al-Ikhlas yang lahir dari hati nurani - Allahu Ahad dan Allahus Somad “








No comments:

Post a Comment