PENGENALAN
Pusat rawatan alternatif Darul Syifa’ Al-Bathiniah mula beroperasi sejak tahun 1978. Ketika itu saya bersama isteri pertama (maharam pertama) saya menguruskan rawatan secara bersendirian. Pada 1999 beliau telah mendapat penyakit angin ahmar dan meninggal dunia pada 2005. Sejak dari tahun 1999 sehingga tahun 2008 iaitu kira-kira 9 tahun berlalu, saya telah berhenti merawat pesakit oleh kerana saya tiada maharam untuk merawat pesakit wanita.
Dalam Islam sangat-sangat dituntut jika hendak merawat pesakit wanita (secara bathin) mestilah mempunyai mahram bersama-sama demi untuk mengelakkan dari berlaku sebarang perkara yang mungkar. Darul Syifa’ Al-Bathiniah mula beroperasi semula pada tahun 2008 setelah saya mempunyai maharam iaitu Siti Adawiyah.
Saya mempelajari ilmu rawatan Al-Bathiniah sejak berjumur 30 tahun dari seorang guru Tasawuf (Bapa Mertua) iaitu Tuan Haji Suleiman Ariffin yang berguru dari Embah Radin Subroto cucunya Dipoyudo dari negeri Solo, Indonesia.
Rawatan secara Al-Bathiniah tidak menyulitkan, tidak menyusahkan dan tidak juga membebankan kerana cara rawatan ini berpandukan dan mengikut landasan Islam iaitu sumber-sumber Al-Quran, Al-Hadis serta Sunnah Rasulullah s.a.w. Oleh yang demikian rawatan Darul Syifa’ Al-Bathiniah tidak menetapkan bayaran kepada sesiapa. Ianya terpulang kepada keikhlasan dari pesakit itu sendiri.
Untuk makluman
Jaminan saya kepada para pesakit, cara rawatan saya khusus kepada pesakit wanita, saya akan pastikan isteri saya akan bersama saya ketika atau semasa acara rawatan dijalankan.
Khususnya kepada pesakit wanita yang kena rasuk, saya ada had-had batasan anggota tubuh badan yang saya sentuh, selainnya isteri saya akan menguruskan.
Jika sekiranya isteri saya tidak dapat bersama ketika rawatan, saya akan pastikan ada waris wanita, atau perawat wanita bimbingan dari Darul Syifa’ Al-Bathiniah akan hadir bersama ketika rawatan dijalankan.
AYAT-AYAT , KALIMAH-KALIMAH, RUKYAH-RUKYAH DAN RAMUAN-RAMUAN YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN
1. KUNCI RAWATAN
(a) Surah Al-Israa’ Ayat 82.
Maksud ayat:
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman
(b) Surah Yunus Ayat 57
Maksud ayat:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit- penyakit batin yang ada di dalam dada kamu…
(c) Sebahagian dari ayat 49 Surah Ali-Imran
Maksud ayat:
Dan aku menyembuhkan orang yang buta sejak lahirnya (celik) dan (aku sembuhkan) orang yang berpenyakit sopak dan aku menghidupkan orang yang mati dengan seizing Allah s.w.t.
(d) Surah Asy-Syu’araa ayat 80
Maksud ayat:
Dan Apabila aku sakit Dia (Allah) yang menyembuhkan aku.
(e) Wabihi nasta’in (3X) Bismillahi, Wa Billahi, Wa Minallahi, Wa Ilallahi
“Aku mohon pertolongan MU (3X) Dengan Nama Allah, Dan Dengan Allah, Dan Dari Allah, Dan Kepada Allah.
(f) Allahumma Anaa Roqqi Wa Anntash Shafiq’
“Ya Allah! Aku hanya boleh menjampi dan menguruskannya, sedangkan Engkaulah yang menyembuhkannya”.
Dari penjelasan dan pengertian ayat-ayat seperti di atas, sudah jeals dan terbukti bahawa segala ilmu rawatan berada dalam Al-Quran dan dalam hadits-hadits Rasulullah dan para sahabatnya.
Semua penyakit datangnya dari Allah, dan hanya Allah jua yang menyembuhkannya, maka mintalah kepadaNYA.
Dengan hal yang sedemikian adalah bagi poihak saya untuk memberikan nasihat supaya anda (pesakit-pesakit) berhati-hati memilih Darul Syifa’ (Pusat Rawatan).
Mengikut hukum dalam Islam orang-orang yang berurusan dengan mereka-mereka yang melakukan perubatan syirik dan kurafat, maka mereka dianggap sebagai bersubahat.
Mudah-mudahan nasihat saya ini dapat memberikan bantuan supaya terselamat dari perbuatan keji dan mungkar.
No comments:
Post a Comment