Maklumat Penting....

Untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan di atas, sila klik di sini untuk mendapatkan no. telefon jika ingin mendapat khidmat rawatan kami
atau email darulsyifa@gmail.com. atau
Facebook: Darul-Syifa-Al-Bathiniah-Hj-Arafat

Sekian, terima kasih.

Sunday, 8 January 2012

KEPADA YANG MEMERLUKAN RAWATAN...


Saya adalah Megat Hj. Arafat Azzaharah Aceh, selaku pengasas pusat Rawatan Darul Syifa’ Al-Bathiniah, dengan ikhlas serta rendah diri mengambil kesempatan meningingatkan kepada pesakit-pesakit wanita khususnya, yang memerlukan rawatan supaya berhati-hati dan pastikan puan ditemani oleh ibu bapa, keluarga serta orang yang dipercayai untuk memilih pusat rawatan. Pastikan ustaz/bomoh/dukun atau tukang rawat itu mempunyai maharam iaitu isteri atau anak perempuan perawat ada bersama ketika rawatan sedang dilakukan.

Ingatlah pesanan saya ini sebelum terjadi atau berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini.  Hal ini selalu diadukan kepada kami oleh pesakit-pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan di Darul Syifa’ Al-Bathiniah ini. Saya sertakan aduan-duan dari pesakit-pesakit saya sebagai ikhtibar buat kita semua.

PESAKIT PERTAMA:

Ustaz, saya sebelum ini ada pergi ke tempat rawatan tradisional bersama dua mak saudara. Ketika saya dalam rawatan, mak saudara saya tidak dibenarkan ikut serta menemani saya, dan dalam keadaan antara sedar dan tidak sedar, saya merasakan satu keganjilan berlaku pada diri saya dimana pakaian saya cuba ditanggalkan oleh orang yang merawat saya.  Ketika itu saya cuba menjerit tetapi terasa mulut saya seperti terkunci.  Dalam hati saya mohon pertolongan Allah s.w.t dan dengan tiba-tiba saya tersedar dan pakaian saya hampir di tanggalkan. Saya berlari keluar dan mendapati kedua mak saudara saya sedang nyenyak tidor lalu saya kejutkan mereka dan kami terus pulang.

PESAKIT  KEDUA:

Ustaz, saya sakit dada dan belakang.  Oleh kerana tidak tahan sakit yang saya hadapi saya pergi ke pusat rawatan tidak jauh dari rumah saya. Sebelum mula rawatan saya disuruh masuk ke dalam sebuah bilik supaya menanggalkan coli saya agar tidak menganggu untuk merawata dada saya yang sangat sakit itu.

Saya ikut apa ytang disuruh dan kemudian saya disuruh barihng di lantai rumahnya.  Saya terdengar dia membaca sesuatu kemudian di titupkan ke muka saya.  Dalam keadaan sedar dan tidak sedar saya merasakan tangannya berada di atas payu dara saya.

Dengan izin Allah saya tersedar dan bangun dengan segara. Allah telah selamatan saya dari melakukan perkara maksiat.

PESAKIT KETIGA:

Ustaz, saya merasa diri saya dan fikiran sayha terganggu kemudian saya pergi untuk mendapatkan rawatan kepada seorang yang mengenalkan dirinya ustaz.  Setelah mendapat rawatan saya pulang ke rumah.  Sejak dari malam itu hati saya asyik teringatkan ustaz itu je.  Tolong lupakan hati saya teringat-ingatkan ustaz itu.

Di atas adalah beberapa contoh yang saya tampilkan sekadar member peringatakan tentang pesanan saya ketika pergi untuk mendapatkan rawatan.   Dan betapa pentingnya ada mahram ketika merawat pesakit berlandaskan ajaran Islam.


Untuk makluman

Jaminan saya kepada para pesakit, cara rawatan saya khusus kepada pesakit wanita, saya akan pastikan isteri saya akan bersama saya ketika atau semasa acara rawatan dijalankan.

Khususnya kepada pesakit wanita yang kena rasuk, saya ada had-had batasan anggota tubuh badan yang saya sentuh, selainnya isteri saya akan menguruskan.

Jika sekiranya isteri saya tidak dapat bersama ketika rawatan, saya akan pastikan ada waris wanita, atau perawat wanita bimbingan dari Darul Syifa’ Al-Bathiniah akan hadir bersama ketika rawatan dijalankan.



No comments:

Post a Comment