Assalamu'alaikum Wa Rahmatullahi Wa Bakaratuh!
1. KUNCI RAWATAN
(a) Surah Al-Israa’ Ayat 82.
Maksud ayat:
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman
(b) Surah Yunus Ayat 57
Maksud ayat:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit- penyakit batin yang ada di dalam dada kamu…
(c) Sebahagian dari ayat 49 Surah Ali-Imran
Maksud ayat:
Maksud ayat:
Dan aku menyembuhkan orang yang buta sejak lahirnya (celik) dan (aku sembuhkan) orang yang berpenyakit sopak dan aku menghidupkan orang yang mati dengan seizing Allah s.w.t.
(d) Surah Asy-Syu’araa ayat 80
Maksud ayat:
Dan Apabila aku sakit Dia (Allah) yang menyembuhkan aku.
(e) Wabihi nasta’in (3X) Bismillahi, Wa Billahi, Wa Minallahi, Wa Ilallahi
“Aku mohon pertolongan MU (3X) Dengan Nama Allah, Dan Dengan Allah, Dan Dari Allah, Dan Kepada Allah.
(f) Allahumma Anaa Roqqi Wa Anntash Shafiq’
“Ya Allah! Aku hanya boleh menjampi dan menguruskannya, sedangkan Engkaulah yang menyembuhkannya”.
Dari penjelasan dan pengertian ayat-ayat seperti di atas, sudah jeals dan terbukti bahawa segala ilmu rawatan berada dalam Al-Quran dan dalam hadits-hadits Rasulullah dan para sahabatnya.
Semua penyakit datangnya dari Allah, dan hanya Allah jua yang menyembuhkannya, maka mintalah kepadaNYA.
Dengan hal yang sedemikian adalah bagi poihak saya untuk memberikan nasihat supaya anda (pesakit-pesakit) berhati-hati memilih Darul Syifa’ (Pusat Rawatan).
Mengikut hukum dalam Islam orang-orang yang berurusan dengan mereka-mereka yang melakukan perubatan syirik dan kurafat, maka mereka dianggap sebagai bersubahat.
Mudah-mudahan nasihat saya ini dapat memberikan bantuan supaya terselamat dari perbuatan keji dan mungkar.
Jadikanlah Al-Quran sebagai amalan, selalu lah membaca Al-Quran, jadilah Ahli Al-Quran..
“Dari Anas bin Malik RA, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai ‘ahli’ dari kalangan manusia. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?” Baginda berkata: “Merekalah ahli al-Quran iaitu ‘ahli’ Allah dan golongan pilihanNya.”
(HR. Ibn Majah)
Keterangan:
- “Ahli al-Quran”: Golongan yang menghafal al-Quran, banyak membaca al-Quran dan beramal dengannya.
- “Ahli Allah”: Para wali Allah dan golongan yang mendapat pilihan yang istimewa daripada Allah.
(Syarah Sunan Ibn majah)
PENERANGAN/KAEDAH RAWATAN
1. Sesudah kami merusaha dan merawat pesakit dengan menyerahkan kepada Allah s.w.t. kami juga tidak ketinggalan memohon bantuan dari para Wali-Wali Allah seperti berikut:-
a) Wali Sembilan Ka’abah
i) Ya Rukbah
ii) Ya Nukbah
iii) Ya Nujbah
iv) Ya Autad
v) Ya Amnan
vi) Ya Ifrad
vii) Ya Ikhyar
viii) Ya Abdal
ix) Ya Ghauth (Ketua)
b) Wali Sembilan Tanah Jawa
i) Sunan Gunung Leman
ii) Sunan Pajeng
iii) Sunan Keseng
iv) Sunan Quddus
v) Sunan Siti Jinar
vi) Sunan Ampel
vii) Sunan Lawet
viii) Sunan Poker
ix) Sunan Bajagong
2. RAHSIA SURAH AL-FATIHAH
Di sini saya ingin menerangkan rahsia Al-Fatihah secara ringkas untuk tatapan peminat-peminat ilmu rawatan Darul Syifa’ Al-Bathiniah
Menurut kitab Khazinatul-Asrar karangan Al-Ustaz Muhammad Hakky – Surah Al-Fatihah ini mempunyai 30 nama dan nama-nama itu adalah yang diambil dari perbagai-bagai hadits Nabi s.a.w. mengenai Al-Fatihah, dan ada pula nama yang ditetapkan oleh para sahabat dan tabi’in. Nama-nama tersebut adalah:
1) Fatihatul Kitab
2) Ummul Kitab
3) Ummul Quran
4) Al-Quranul Azhim
5) As-Sab’ul Matsani
6) Al-Wafiah
7) Al-Waqi’ah
8) Al-Kanzu
9) Al-Kafiah
10) Al-Asas
11) Fatihatul Quran
12) Suratun Nuur
13) Suratul Hamdu
14) Suratus Syukri
15) Suratul Hamdil Ula
16) Suratul Hamdil Qashwa
17) Suratul Ruqyah
18) Suratus Syifa
19) Suratus Syafiyah
20) Suratus Syalah
21) Suratud Doa
22) Suratut Thalab
23) Suratus Su’al
24) Suratu Ta’limu Masalah
25) Suratu Munajah
26) Suratut Tafwidh
27) Suratul Mukafaah
28) Afdhalu Suwaril Quran
29) A’zhamu Suwaril Quran
30) Akhiru Suaril Al-Quran
31) Suratul Minah
32) Suratul Mujziyah
33) Suratul Munjiyah
34) Suratus Tsaqalain
35) Suratu Majma’il Asma
Kesemuanya nama-nama tersebut di atas berada dalam Basmalah.
No comments:
Post a Comment